Oxygenizer Spray
Sunday, 25 December 2011
Penyembur Air Beroksigen
- | merupakan penyegar multifungsi yang terbaru di dunia. Ianya 100% tulen dan semula jadi, bebas daripada bahan kimia seperti pewangi, agen peluntur, CFC, aerosol, pewarna, alkohol, minyak mineral, pengawet dan ubat-ubatan yang lain. |
Ia mengandungi air tulen yang diperkayakan dengan oksigen tulen yang pekat. Kabus air beroksigen yang menyegarkan dan mencergaskan akan dibebaskan sebaik sahaja disembur.
Air dan oksigen bukan sahaja merupakan elemen penting untuk meneruskan hayat, malah juga amat penting untuk mengekalkan kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan. Di samping menghilangkan kedahagaan, air juga berfungsi untuk membersih, menghidrat, menenangkan dan melembapkan badan. Selain membantu menjana 90% daripada tenaga yang diperlukan badan, oksigen juga berfungsi untuk menyahjangkit, menyegarkan dan mencergaskan badan.
Kombinasi air tulen dan oksigen tulen yang terulung ini mempunyai pelbagai penggunaan dan membawa pelbagai kesan yang mujarab.
Cadangan penggunaan: Pegang botol kira-kira 4-6 inci jauh dari kulit dan menyembur secara terus pada kulit. Biar ia kering. Kesannya lebih ketara jika disembur pada kulit yang telah dibersihkan. Sembur sekerap mungkin mengikut keperluan individu. Kandungan oksigen tulennya adalah selamat dan tidak membahayakan jika disedut atau bersentuhan dengan mata. Hanya untuk kegunaan luar.